Friday, 5 July 2013

BAEK JIYOUNG - AFTER ALONG TIME

maju bomyeo nanudeon yaegideul
uridul man aratdeon yaegideul
jiulsu eobtnabwa
beoril suneobt nabwa
itji mota nabwa
oraen mane dulleobon georideul
igireul jinal ttaemyeon johahaetdeon gieogi
jakku tteoollaseo balgireul meomchunda
hancham jinaseo na jigeum yeogi wasseo
geuttaega geuriwoseo
moreunche sarado
saenggak nadeora
geureon neoraseo jakkunune balb hyeoseo
hamkke bonaen sigandeul chueog deuldo
byeol cheoreom ssoda jineunde
neon eotteoni
haengbog haeman boineun saramdeul
naman honja oeroi nameun geotman gataseo
anin cheog haebwado
ni saenggaki nanda
hancham jinaseo na jigeum yeogi wasseo
geuttaega geuriwoseo
moreunche sarado
saenggak nadeora
geureon neoraseo jakkunune balbhyeoseo
hamkke bonaen sigandeul chueogdeuldo
byeol cheoreom ssoda jineunde
nunmurina
yeogiseo neol
gidarimyeon bolsu isseulkka
geuttaen marhae julsu
isseulkka ireon nae maeumeul
bogo sipeoseo deo bogo sipeo jyeoseo
geureon naraseo nan neo bakke mollaseo
neo eobsi salda boni modeunge
huhoero gadeug hadeora
niga eobseoseo
heo jeonhange deo manhaseo
oneuldo balge oreumeun
ijariga geuriwo gaji motago bulleo bonda

Rooftop Prince OST:ALI HURT

sara ganeun iyuga geudae igie
nae mameul damaseo hana dulssig nameun
aryeonhan gieogdeuri jeonhaejigireul
naega georeun igil geu kkeuteseo
manna heoragdoen i gire
daman neol saranghago deo saranghan na bakke
namji anhatneunde
nae sarangi da tago nameun
geon gidarida
jichin sangcheo ppuninde
neoran saram itji motaneun najanha
nunmulman heureujanha
nae sarangi da ssisgyeo beorimyeon eoneu sae
geuriun sangcheoman namaseo
jal jinaeraneun mal ajig
namaseo itji motae geudae
haneul haneul jineun kkochipeul ttaraga
geudaereul mannamyeon
ijen da marhaltende
tto geuriwo
geuriwo itji motaetdago
nae sarangi da tago nameun
geon gidarida
jichin sangcheo ppuninde
neoran saram itji motaneun najanha
nunmulman heureujanha
nae sarangi da ssisgyeo beorimyeon eoneu sae
geuriun sangcheoman namaseo
jal jinaeraneun mal ajig
namaseo itji motae geudae
la la lala lalala lalala
lalala lala lalalala~
la la lala lalala lalala
lalalala lala lalalala~

PEPERIKSAAN

TINGGAL BEBERAPA HARI LAGI MENJELANG PERCUBAAN UPSR... SETIAP HARI AKU MEMIKIRKAN HAL ITU.. AKU BAGAI NK GILA...HANYA ALLAH YG TAHU BETAPA RISAUNYA AKU DI DALAM HATI INI

Friday, 26 April 2013

cara rasulullah tidur


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.
Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.
Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
images

4 tips untuk menghilangkan stress

1. Pemakanan yang betul
Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.
2. Jangan membebankan diri
Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.
3. Berehat
Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.
4. Berinteraksi dengan keluarga dan rakan
Adalah bagus menjadi SEOrang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai SEOrang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.
Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

Risiko Meminum Teh Panas & Teh Ais


Teh Panas

Hasil kajian terkini oleh saintis Iran menyatakan meminum teh dalam keadaan masih panas melebihi suhu 70 darjah celcius boleh menyebabkan terjadinya penyakit Barah Kerongkong.

Mengikut sebuah kajian yang terlebih dahulu dilakukan dalam British Medical Journal telah dikemukakan minuman panas berpotensi menimbulkan tumor. Meminum teh panas dengan suhu di atas 70 darjah celcius sama dengan meningkatkan risiko barah kerongkong lapan kali ganda lebih besar untuk terjadi jika dibandingkan anda meminumnya dalam keadaan kurang panas iaitu di bawah 65 darjah celcius, demikian penjelasan penyelidik sepertimana dilaporkan oleh Reuters.

Bersama kumpulannya, Reza Malekzadeh dari Universiti Tehran telah melakukan kajian terhadap 300 orang yang didiagnosis menghidap penyakit barah kerongkong, sementara 571 orang yang lain dalam keadaan sihat. Mereka semua adalah berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, Iran Utara.

Malekzadeh menjadikan daerah ini sebagai sampel kajian kerana Golestan merupakan salah satu daerah yang mempunyai jumlah pesakit barah kerongkong tertinggi di dunia. Namun sebaliknya tahap kebiasaan merokok dan meminum alkohol di daerah ini sangat rendah. Yang perlu diketahui, hampir kesemua penduduknya gemar minum teh hitam secara rutin, sebanyak satu liter setiap hari.

Hasil kajiannya, orang² yang rutinnya meminum teh panas kurang daripada dua minit selepas dituangkan dengan tingkatan suhu yang melebihi 70 darjah celcius berisiko mencetuskan perkembangan barah kerongkong lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang terlebih dahulu menunggu sehingga empat minit atau lebih. Sebenarnya tidaklah ada keterangan yang konkrit seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun para penyelidik membuat kesimpulan luka akibat daripada kepanasan teh akan menyebabkan kerengsaan kerongkong yang sekaligus akan menyebabkan berlakunya simpton² barah.

Dibandingkan dengan meminum teh yang kurang kepanasannya yang mampu ditanggung oleh organ dalaman manusia atau teh suam kuku pada suhu 65 darjah Celsius atau kurang, meminum teh panas antara 66 dan 68 darjah Celsius memungkinkan untuk meningkatkan dua kali ganda risiko terjadinya barah kerongkong, dan meminum teh yang panas pada suhu 70 darjah Celsius atau lebih berpotensi besar untuk meningkatkan risiko tercetusnya penyakit barah sehingga lapan kali ganda.

Telah dicatatkan setiap tahun lebih daripada 500.000 orang di seluruh dunia meninggal dunia akibat penyakit barah kerongkong. Penyakit ini tumbuh subur terutamanya di daerah di Asia, Afrika, dan Amerika Selatan. Barah ini termasuk dalam kalangan penyakit barah pembunuh dengan rata-rata kesembuhannya adalah sekitar 12 hingga 31 peratus, itu pun memerlukan masa yang cukup panjang, sekitar 5 tahun.

“Keputusan kajian membuktikankan peningkatan kuat risiko OSCC yang berkaitan dengan meminum teh panas atau sangat panas,”. Oleh itu saintis menyarankan agar mesti menunggu beberapa minit terlebih dahulu sebelum meminum satu gelas teh yang baru ditapis dengan air yang mendidih.

Laporan itu juga memberi sokongan kepada pendapat bahawa kecederaan kerana hawa panas air yang melalui organ pemakanan manusia mungkin menjadi penyebab kepada barah “epithelium” walaupun bagaimana proses kepanasan mampu meningkatkan perkembangan tumor masih belum diketahui.

Daripada penelitian tersebut dapat disimpulkan bahawa pengambilan minuman dalam keadaan panas berbahaya bagi kesihatan anda. Apalagi jikalau ditambah dengan makanan yang panas pul. Lebih baik teh atau minuman lain diminum dalam keadaan yang kurang panas atau boleh kita katakan sebagai hangat tetapi tidak terlalu panas.


Teh Ais

Siapa di antara para pengunjung yang tidak menyukai minuman rakyat yang satu ini? Yah, Teh ais sepertinya begitu mudahnya kita temui di mana-mana gerai makanan, dari warung pinggir jalan sampai Restoran mewahpun semuanya menyediakan teh ais sebagai salah satu menu utama minumannya. Teh ais dengan bau dan rasa khasnya sudah menjadi darah daging dalam masyarakat kita meskipun dihiaskan dalam bentuk apa² sekalipun. Teh tetaplah Teh dan jika diberi ais, maka kesegarannyalah yang kita dapat nikmatinya. Apalagi di Bulan Puasa, menu pembuka sebelum makan besarpun sering didahului dengan minum teh ais .

Tapi tahukah anda, di sebalik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi yang berbahaya bagi kesihatan manusia. Penyelidikan di Loyola University Chicago Stritch School of Medicine telah mengungkapkan bahawa pengambilan teh ais secara berlebih meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Sepertimana yang telah dilaporkan dari laman Times of India, teh ais mengandungi kepekatan tinggi oksalat, salah satu bahan kimia yang merupakan kunci untuk mencetuskan pembentukan batu karang. ”Bagi mereka yang mempunyai kecenderungan mengidapi penyakit batu karang, teh ais jelas menjadi minuman terburuk atau sebahagian daripada pantang larang minumannya,” kata Dr John Milner iaitu seorang pembantu profesor Jabatan Urologi.

Milner berkata, teh panas sebenarnya juga menyimpan kesan-kesan buruk yang sama. Hanya, kuantiti penyajian teh panas biasanya lebih kecil. Logiknya, orang meminum teh panas, kuantiti airnya tidaklah akan sebanyak meminum teh ais. Jarang orang yang mengambil teh panas apabila haus. Berbeza dengan teh ais, di mana ramai orang sanggup meminumnya lebih daripada segelas saat haus dan hawa panas.

Lelaki, wanita posmenopause dengan tingkatan estrogen yang rendah paling terdedah terhadap keburukan teh ais ini. Oleh itu, Milner menyarankan agar menggantikan pengambilan minuman itu dengan air putih, atau mencampurkannya dengan lemon. ”Lemon kaya engan kandungan citrates, yang boleh menghalang pertumbuhan batu karang dalam ginjal,” kata Milner.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam air seni, buah pinggang atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan dikeluarkan daripada tubuh bersama urin (air kencing), tetapi dalam keadaan tertentu ia akan mengendap dan membatu di dalam saluran pundi kencing atau buah pinggang.

Pengkaji juga mengungkapkan sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan kesan-kesan buruk apabila memakannya. Mereka menyebutkan antara lainnya: bayam, coklat, kacang-kacangan, garam, dan daging. Sebaiknya, ambillah teh ais dan makanan-makanan itu secara bersederhana demi kesihatan ginjal anda. Padukan pula dengan sumber makanan yang tinggi kalsiumnya yang dapat mereduksi oksalat. Dan, tentu sahaja perbanyakkanlah meminum air putih.

Waktu-waktu merbahaya kepada jantung anda


Tahukah anda, tersekat dalam kesesakan trafik boleh meningkatkan tekanan darah dan risiko serangan jantung sehingga 3 kali ganda? Bukan itu sahaja, untuk makluman anda sebenarnya terdapat beberapa waktu yang boleh menyebabkan risiko serangan jantung meningkat secara dramatik. Waktu-waktu bahaya kepada jantung manusia yang perlu diberi perhatian antaranya:
 
1. Waktu Bangun Dari Tidur
Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 40% pada waktu pagi, ini kerana sebaik bangun dari tidur, tubuh merembeskan adrenalin dan lain-lain stres hormon, meningkatan tekanan darah dan permintaan terhadap oksigen. Pada waktu ini juga darah di dalam badan kita pekat dan sukar untuk dipamkan kerana tubuh separuh terhidrat.
 
Lindungi Diri Dengan Cara: 
 
>> Beri sedikit masa pada tubuh anda sebelum betul-betul sedar atau bangun daripada tidur. Janganlah terus bangkit dari tidur dengan serta merta dan tarik nafas dalam-dalam selama beberapa minit.
 
>> Lakukan senaman ringan pada tubuh badan.
 
2. Waktu Pagi Isnin
Sekitar 20% serangan jantung berlaku pada pagi Isnin mungkin kerana berasa stress dan murung untuk kembali bekerja.
 
Lindungi Diri Dengan Cara: 
 
>> Cuba tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Bangun awal selepas tidur lewat pada hujung minggu boleh menaikkan tekanan darah kerana tubuh berasa lesu dan ritma  semula jadi tubuh terganggu.
 
3. Waktu Makan Berlebihan
Kajian menunjukkan hidangan kaya lemak dan karbohidrat mengecutkan salur darah menyebabkan darah mudah bergumpal.
 
Lindungi Diri Dengan Cara: 
 
>> Amalkan cara pemakanan yang sihat.
>> Mengambil aspirin setiap hari membantu mencegah darah daripada bergumpal.
 
4. Waktu Dalam Tandas
 
Meneran semasa qadha hajat (buang air besar) memberi kesan kepada dada,melambatkan pengaliran darah ke jantung.
 
Lindungi Diri Dengan Cara: 
 
>> Untuk mengelakkan daripada meneran, makan lebih banyak serat dan minum banyak air.
 
 
5. Waktu Melakukan Aktiviti (yang tidak biasa dilakukan)
 
Hormon stres naik mendadak mengakibatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.
 
Lindungi Diri Dengan Cara: 
 
>> Kerap melakukan senaman bagi melindungi jantung, tetapi tingkatkan tahap intensiti secara berperingkat.
 
6. Waktu Bimbang Dan Runsing
Rasa bimbang yang ekstrem meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan paras hormon adrenalin.